fbpx
Mohd. Yusof (dua dari kanan) bergambar bersama calon yang ingin mengambil lesen di pusat latihannya di Rembau semalam.

30 peratus datang dari Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Pusat Latihan Memandu Rembau menerima 350 hingga 400 pelajar sekolah memandu setiap bulan dan daripada jumlah itu, 30 peratus adalah dari Lembah Klang.

Pengusahanya, Datuk Mohd. Yusof Aziz berkata, premisnya sudah beroperasi sejak tahun 2019 dan sebahagian besar pelajar terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menurutnya, sepanjang lebih enam tahun melihat potensi serta trend pelajar dari Lembah Klang ke pusat latihan berkenaan bagi mengambil lesen, mereka kini dalam perancangan untuk menyediakan tempat penginapan buat keluarga.

“Ini kerana berdasarkan tinjauan kita sendiri, ada keluarga yang hantar anak mereka ke sini dan sanggup berkhemah atau glamping di beberapa kawasan menarik di daerah ini.

“Malah, ada juga yang mengambil peluang untuk mencuba pelbagai menu makanan di daerah ini semasa anak-anak mereka belajar memandu di sini. Ini menjadikan pusat latihan kita bukan hanya sekadar bagi mendapatkan lesen, bahkan menyokong Tahun Melawat Negeri Sembilan,” katanya.

Menurut Mohd. Yusof, syarikatnya mampu menjadualkan latihan memandu yang efisien dan lancar dengan menyediakan 25 tenaga pengajar berusia 29 hingga 72 tahun termasuk pesara JPJ dan dua anaknya.

Tambahnya, sekolah memandunya menjadi pilihan bukan hanya kerana tempoh masa yang singkat berbanding di Lembah Klang, namun disebabkan kawasan perkampungan tradisi yang jauh lebih santai.

“Kita ada kemudahan 26 buah kereta transmisi automatik dan sembilan manual untuk meme­nuhi keperluan pelajar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN