PETALING JAYA – Sinar I Sdn Bhd (Sinar I), pengeluar produk minuman iDopaCola telah menganjurkan program agihan air minuman tin percuma di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam baru-baru ini.
Sebanyak 700 tin minuman iDopaCola telah diedarkan secara percuma kepada jemaah dan komuniti sekitar bertujuan untuk menyediakan minuman kepada jemaah selepas menunaikan solat jumaat di masjid tersebut.
Dalam masa yang sama, ia juga dapat mempromosi dan memperkenalkan produk minuman tersebut kepada masyarakat.
Menurut kenyataan yang diedarkan bersempena acara tersebut, syarikat akan terus mendekati masyarakat dalam pelbagai aktiviti sosial dengan komuniti sekali gus mengukuhkan hubungannya dengan pelanggan.
“Program ini telah mendapat sambutan positif daripada para jemaah dan usaha ini akan diteruskan pada masa depan sebagai salah satu usaha mendekatkan jenama dengan masyarakat melalui aktiviti yang memberi nilai dan manfaat secara langsung,” jelasnya.
iDopaCola adalah minuman berkarbonat diformulasikan dengan kandungan gula yang lebih rendah, iaitu 4.5g gula bagi setiap 100ml, menjadikan ia sebagai alternatif cola yang lebih ringan tanpa menjejaskan rasa klasik yang menyegarkan. -KOSMO! ONLINE














