fbpx
HUSQVARNA Automower 450XH EPOS membantu proses pemotongan rumput yang menjimatkan masa, tenaga kerja dan kos penyelenggaraan.

Robot pemotong rumput jadi solusi perkemas landskap moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGGUNAAN teknologi automasi dalam penjagaan laman rumah semakin berkembang apabila mesin pemotong rumput robotik atau robot lawn mower muncul sebagai pilihan praktikal oleh pemilik kediaman yang ingin menjimatkan masa dan tenaga.

Berkemampuan berfungsi secara autonomi untuk memotong rumput mengikut ketinggian ditetapkan, robot itu juga dapat bekerja mengikut jadual atau ketetapan kawasan yang dikawal menggunakan aplikasi mudah.

Dalam penjagaan lanskap masa kini, penggunaan robot banyak membantu serta dipraktikkan di banyak tempat di dunia.

Menurut Chris Isaac yang bertugas sebagai penjaga landskap bangunan, kehadiran robot pemotong rumput itu dapat menjimatkan masa dan tenaga berbanding menggunakan kaedah mesin rumput.

Berbeza dengan mesin tradisional yang memerlukan pengendalian manual, robot itu sebaliknya mampu beroperasi secara mandiri selepas dipasang dan diprogramkan tanpa melibatkan kerja fizikal secara berulang.

“Sepanjang tempoh enam bulan menggunakan robot pemotong rumput, saya berasa puas hati kerana mudah dikendalikan, tidak terlalu rumit dan menjimatkan masa.

“Jika sebelum ini, saya perlu menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk memotong rumput, sekarang waktu itu boleh digunakan untuk penjagaan bangunan dan menguruskan hal lain,” katanya di The Daily Tech.

Di samping itu, Isaac turut mengakui peranti pintar tersebut mampu beroperasi dengan lebih cekap dan selamat, sekali gus menjadikan ia sebagai alternatif realistik kepada mesin pemotong rumput konvensional.

Penggunaan teknologi tersebut merupakan pendekatan terbaik apabila robot tidak memerlukan bahan api dan tidak mencemarkan alam sekitar.

“Penyimpanan robot pemotong rumput ini juga mudah kerana tidak memerlukan ruang yang besar dan hanya menggunakan tenaga bateri serta cas semula elektrik.

“Sistem navigasi berasaskan Sistem Penentuan Kedudukan Sejagat (GPS) dan sensor memudahkan untuk menentukan kawasan pemotongan dengan betul dan dapat menyiapkan kerja pada waktu yang ditetapkan,” katanya.

BILAH robot pemotong rumput yang direka untuk potongan kecil secara kerap.

Sistem ini memastikan mesin hanya bergerak dalam zon yang dibenarkan serta mengelakkan halangan seperti pokok, perabot taman dan dinding.

Bagi mengelakkan kemalangan tidak diingini berlaku, robot canggih itu dilengkapi sensor keselamatan yang akan memberhentikan pemotong secara automatik jika diangkat atau terlanggar objek keras.

Isaac yang pernah mencuba robot pemotong rumput Husqvarna Automower 450XH EPOS di laman landskap turut kagum dengan prestasi robot itu.

Robot pemotong rumput tidak memotong rumput dalam kuantiti besar sekali gus, sebaliknya melakukan pemotongan kecil tetapi kerap.

Meskipun potongan dibuat dalam bentuk kecil, pendekatan itu dapat membantu mengekalkan rumput sentiasa pendek dan sihat kerana sisa potongan yang halus akan terurai sendiri dan bertindak sebagai baja semula jadi.

“Jadi, proses pembersihan juga tidak perlu dibuat dengan kerap kerana sisa rumput yang dipotong dapat bertukar menjadi bahan sokongan (baja).

“Husqvarna Automower 450XH EPOS boleh digunakan untuk keluasan laman 1.1 hektar. Aspek penyelenggaraan juga mudah, melibatkan pembersihan berkala, penggantian bilah pemotong dan penjagaan bateri,” ujarnya

Robot pemotong rumput beroperasi pada tahap bunyi yang jauh lebih rendah berbanding mesin berkuasa petrol, menjadikan ia sesuai digunakan pada bila-bila masa tanpa mengganggu jiran.

Kemampuan bateri yang dicas semula membolehkan robot pemotong rumput dapat beroperasi sehingga 24 jam tanpa henti.

Biarpun sebilangan harga robot pemotong rumput mampu mencecah harga sehingga AS$5,000 (RM20,200), namun itu dapat dijadikan pelaburan jangka panjang kerana kos tersebut boleh dipertimbangkan melalui penjimatan masa, tenaga kerja dan kos penyelenggaraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN