![]() |
KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Januari 2026 /PRNewswire/ — Menjelang Tahun Baharu Lunar yang bakal tiba, platform pelancongan digital Agoda mendedahkan bahawa Kuala Lumpur merupakan destinasi ketujuh paling dicari-cari oleh pengunjung antarabangsa bagi meraikan musim perayaan di Asia, serta destinasi domestik yang paling banyak dicari. Agoda selanjutnya melaporkan bahawa, berdasarkan carian penginapan, Bangkok, Thailand merupakan destinasi yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia untuk meluangkan masa cuti Tahun Baharu Lunar di luar negara.
Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang muncul sebagai destinasi-destinasi pelancongan luar negara yang terkemuka buat pengembara ke Malaysia. Trend ini menonjolkan minat yang semakin meningkat terhadap warisan budaya dan pengalaman bandar Malaysia yang meriah. Kuala Lumpur, dengan latar langit yang ikonik serta suasana hidangan masakannya yang pelbagai, menawarkan gabungan antara kemodenan dan juga tradisi. Johor Bahru menarik minat pengunjung menerusi mercu tanda budayanya, manakala Pulau Pinang pula terkenal dengan seni bina bersejarah serta makanan jalanan yang sudahpun dikenali. Keutamaan ini menunjukkan bahawa pengembara tercari-cari destinasi yang menawarkan gabungan antara penerokaan budaya dan pengembaraan bandar.
Kuala Lumpur turut mendahului sebagai destinasi domestik yang utama untuk pengembara Malaysia, diikuti oleh Pulau Pinang dan Melaka. Melaka, dengan tapak bersejarah serta daya tarikan kolonialnya, menarik minat mereka yang berhasrat untuk menyelami sejarah Malaysia. Keutamaan ini menunjukkan trend ke arah menghargai budaya dan sejarah tempatan sambil menikmati pelbagai pengalaman.
Sementara itu, Bangkok disenaraikan sebagai destinasi pelancongan luar negara yang terkemuka untuk pengembara Malaysia, diikuti oleh Hat Yai dan Tokyo. Keutamaan ini menonjolkan keinginan terhadap penerokaan budaya dan pengalaman yang pelbagai. Kekayaan kehidupan jalanan dan tapak budaya Bangkok menawarkan pengembaraan bandar yang dinamik. Hat Yai, terkenal dengan pasarnya yang hiruk-pikuk dan masakan tempatan, menyajikan pengalaman yang lebih santai namun imersif dari segi budaya. Tokyo, dengan gabungan antara tradisi dan teknologi canggihnya, menarik minat mereka yang tercari-cari kedalaman budaya serta keterujaan zaman moden. Pilihan-pilihan ini memperlihatkan minat dalam kalangan pengembara untuk meneroka destinasi-destinasi yang menawarkan warna-warni pengalaman budaya dan bandar yang beraneka.
Tahun Kuda yang akan datang melambangkan tenaga dan pengembaraan, memberi inspirasi kepada pengembara untuk meneroka destinasi-destinasi yang meriah. Tahun Baharu Lunar membawa permulaan baharu dan ketibaan Musim Bunga pula merupakan detik terbaik untuk bertemu semula dengan insan tersayang dan menerima pembaharuan. Ia juga merupakan peluang untuk mengenali diri sendiri, sama ada menemui semula tempat-tempat yang biasa dikunjungi atau melancong ke luar negara.
Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda berkongsi, "Tahun Kuda membawakan tenaga yang bersemangat untuk mengembara dan terasa sungguh mengujakan apabila melihat Kuala Lumpur menyerlah sebagai destinasi yang utama. Bandar-bandar seperti Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka menyediakan begitu banyak tawaran kepada pengembara yang pastinya akan menjadikan perjalanan tersebut benar-benar istimewa buat mereka. Sama ada mereka menginap di Malaysia atau melancong ke luar negara, Agoda mempunyai tawaran yang hebat untuk penerbangan, penginapan dan aktiviti bagi memastikan sambutan Tahun Baharu mereka tidak dapat dilupakan."
Dengan memerhatikan keutamaan gabungan oleh pengembara Asia, bandar-bandar Jepun muncul sebagai pilihan yang digemari sempena cuti Tahun Baharu Lunar, dengan Tokyo mendahului, diikuti oleh Bangkok (Thailand), Taipei (Taiwan), Osaka (Jepun) dan Seoul (Korea Selatan) dalam senarai lima teratas. Fukuoka (Jepun), Kuala Lumpur (Malaysia), Sapporo (Jepun), Singapura dan Hong Kong melengkapkan kedudukan 10 teratas.
Dalam menghayati semangat pengembaraan, pengembara yang merancang percutian Tahun Baharu Lunar mereka boleh meneroka tawaran daripada Agoda yang luas, termasuk lebih 6 juta harta tanah percutian, lebih 130,000 laluan penerbangan dan juga lebih 300,000 aktiviti. Berlangsung mulai 14 hingga 28 Februari, Jualan Mega Agoda akan menawarkan diskaun sehingga 60% untuk tempahan hotel, dengan jualan kilat istimewa sehingga 70% pada 17 Februari serta tawaran eksklusif untuk penerbangan dan juga aktiviti. Ahli-ahli VIP Agoda akan mendapat akses awal kepada tawaran mulai 10 hingga 13 Februari. Tawaran terkini boleh didapati melalui aplikasi Agoda atau di agoda.com/deals.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4868905_MS68905_6















