fbpx
NUR Nilam menyatakan kesediaannya menanggung semua kos guaman sekiranya Puteri Balqis disaman.

‘Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya bantu lantik peguam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mengikuti perkembangan isu Puteri Balqis, pelakon Nur Nilam Ortiz bersedia menghulurkan bantuan kepada aktres terbabit andai dia atau ahli keluarganya berdepan tindakan undang-undang.

Nilam, 46, berkata , dia akan berusaha mendapatkan peguam terbaik selain menanggung semua kos guaman sehingga kes berkenaan selesai.

“Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya akan bantu lantik peguam yang baik dan menanggung semua kos guaman sehingga selesai semata-mata bagi memastikan dia dan emaknya dipertahankan dengan sebaiknya.

“Orang yang banyak luka kebiasaannya berani bercakap sebab dah terlalu lama diam,” katanya dalam platform Threads.

Usahawan itu juga menyifatkan Puteri Balqis, 19, atau Aqish sebagai anak yang baik serta kental mempertahankan maruah ibunya daripada terus diperlekehkan.

Pada masa sama, Nilam berharap orang ramai tidak berterusan menggugat ketenangan pelakon tersebut serta ahli keluarganya.

“Daripada apa yang saya lihat, Puteri Balqis adalah seorang budak yang baik. Bila melibatkan maruah dan kebenaran, perkara itu memang perlu dipertahankan.

“Kalau dia perlukan apa-apa, saya harap dia tahu cara untuk hubungi saya. Tolong jangan ganggu dia, biarkan mereka tenang,” ujarnya.

Terdahulu, Puteri Balqis memaklumkan dia dan keluarganya berkemungkinan berdepan tindakan saman dipercayai akibat kontroversi dengan rakan seindustri yang kini masih hangat diperkatakan.

Dia mendakwa menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang menyebut berkenaan tindakan undang-undang.

Begitupun, Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 itu tidak mendedahkan identiti pihak yang mengirimkan mesej tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN