fbpx
Gambar hiasan.

Amaran gempa bumi, tsunami dipercepat dua minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menyasarkan untuk mempercepatkan tempoh hebahan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami daripada lapan kepada enam minit selepas kejadian dikesan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, langkah itu seiring dengan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana negara.

Menurut beliau, MetMalaysia juga menyasarkan peningkatan ketepatan ramalan cuaca daripada 82 peratus kepada 85 peratus.

“Kita ada garis masa amaran awal dikeluarkan tidak melebihi lapan minit sebelum ini. Bagi tahun ini kita telah meningkatkan sasaran itu untuk dikurangkan daripada lapan minit hingga ke enam minit.

“Kita telah memperuntukkan RM242 juta untuk menaik taraf sistem amawan awal cuaca di beberapa lokasi seperti di Kuching, Sarawak, di Tuaran, Sabah dan di Subang, Selangor,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung jumlah sistem amaran awal yang dirancang untuk dipasang dan untuk ditambah baik.

Terdahulu, Arthur ketika menjawab soalan asal menerangkan, peruntukan RM242 juta itu merangkumi pelaksanaan
beberapa projek peningkatan sistem ramalan serta pembinaan radar cuaca.

Selain itu, katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM18 juta di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi pembangunan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM)

Kata beliau, daripada segi pengukuhan sistem pencerapan dan ramalan, MetMalaysia terus memperkukuh keupayaan ramalan cuaca melalui penambahbaikan Radar Integrated Nowcasting System (RaINS) yang
mengintegrasikan rangkaian radar dan model ramalan berangka bagi menghasilkan unjuran pergerakan serta intensiti hujan secara hampir masa nyata.

Ujar beliau, sistem Numerical Weather Prediction (NWP) turut dipertingkat dengan penggunaan teknologi High Performance Computing (HPC) terkini serta penerapan kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin dan analitik data raya.

“Pengukuhan ini membolehkan penjanaan ramalan cuaca sehingga 14 hari ke hadapan dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu 300 meter berbanding satu kilometer sebelum ini.

“Keupayaan ini membolehkan perincian corak cuaca di kawasan berisiko tinggi dikenal pasti dengan lebih awal, tepat dan bersasar termasuk di kawasan luar bandar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI