fbpx
SEBUAH lori yang membawa lebih 4 juta pil methamphetamine terbalik. - Foto KhaoSod

Polis rampas lebih 4 juta pil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sebanyak 4.7 juta pil methamphetamine dirampas dalam operasi polis dan unit perisikan tentera di Thailand, lapor portal berita Thaiger semalam.

Polis menerima maklumat bahawa seorang suspek akan memandu sebuah lori 10 roda untuk mengambil dadah tersebut di wilayah Chiang Mai dan mengangkutnya kepada pembeli di sebuah kawasan di Thailand.

Hasil siasatan mendapati lori tersebut bergerak dari Chiang Mai menuju ke wilayah tengah, manakala polis bersama perisikan tentera menjejaki dan memantau kenderaan itu di wilayah Nakhon Sawan.

Lori itu kelihatan mencurigakan apabila menyimpang daripada laluan asal dan melalui jalan yang kurang digunakan di sepanjang Terusan Maha Rat, wilayah Lop Buri.

Pihak berkuasa mengesyaki lori itu cuba menghantar dadah kepada pelanggan di kawasan terusan. 

Ketika serbuan dilakukan, seorang  suspek cuba bertindak melarikan diri, menyebabkan lori tersebut terjunam ke dalam terusan. 

Pemandu lori yang dikenali sebagai Somchit, 41, bagaimanapun berjaya ditahan. 

Suspek mengaku mengangkut dadah buat kali kedua dan sebelum ini menerima bayaran 300,000 baht (RM38,000) untuk kerja tersebut.

Pihak berkuasa menemui peralatan digunakan untuk menyembunyikan dadah di dalam lori dan 21 guni methamphetamine yang terjatuh ke dalam terusan, dengan jumlah keseluruhan melebihi 4 juta pil. 

Suspek berdepan pertuduhan memiliki dadah berat engan niat untuk menjual tanpa kebenaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI