fbpx
NOOR ZUHAINI (kanan) sewaktu merayu pembebasan anaknya, Muhammad Faiq di Kuala Lumpur baru-baru ini.

‘Bantuan kerajaan harapan terakhir kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Ibu kepada Muhammad Faiq Zafran, 23, yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan dan kini ditahan di Jepun merayu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wisma Putra untuk membebaskan anaknya.

Noor Zuhaini Ismail, 46, berkata, sebagai seorang ibu, dia amat berharap Kerajaan Persekutuan dapat membantu menggunakan saluran diplomatik bagi melin­dungi anaknya yang didakwa teraniaya.

“Kami buntu, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk mendapatkan bantuan melalui saluran tidak rasmi, namun semua ikhtiar itu masih belum membuahkan hasil.

“Saya amat berharap kerajaan membantu mengeluarkan anak saya yang kini dalam tahanan reman dengan segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dia berkata, keluarga mereka tidak mempunyai kemampuan dan akses untuk berurusan secara langsung dengan pihak berkuasa luar negara berkenaan.

“Bantuan kerajaanlah harapan terakhir kami. Sehingga kini kami masih menunggu perkembangan rasmi daripada pihak berkaitan.

“Saya rayu tindakan segera sebelum keadaan menjadi lebih rumit.

“Campur tangan Wisma Putra dapat memastikan sekurang-kurangnya kebajikan serta hak undang-undang anak saya sentiasa dipantau sepanjang berjalannya proses perundangan,” katanya.

Baru-baru ini, Muhammad Faiq yang merupakan graduan politeknik dilaporkan hilang sejak November lalu rupa-rupanya ditahan pihak berkuasa Jepun kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan telefon.

Dia didakwa menjadi mangsa eksploitasi sindiket penipuan sebelum ditahan di Balai Polis Toyama Minami, Jepun, dengan rampasan wang tunai dianggarkan kira-kira empat juta yen (RM102,000).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN