fbpx
Pastor Raymond Koh.

Kerajaan dapat tangguh bayar lebih RM30 juta kepada Pastor Raymond Koh, isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan bayaran ganti rugi lebih RM30 juta kepada Pastor Raymond Koh dan isterinya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mahazan Mat Taib memutuskan demikian selepas mahkamah selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak dalam prosiding terdahulu.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahazan berkata terdapat keadaan istimewa yang membolehkan mahkamah membenarkan permohonan penangguhan.

Dengan keputusan itu, kerajaan buat masa ini tidak perlu mendepositkan ganti rugi tersebut ke dalam akaun AmanahRaya Berhad selaku pemegang amanah.

Dalam permohonan tersebut, Peguam Kanan Persekutuan Nurul Farhana Khalid mewakili kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala peguam Datuk Jerald Gomez bertindak bagi pihak isteri Raymond Koh, Susanna Liew Sow Yoke.

Sebelum ini, Nurul Farhana dalam hujahannya memberitahu kerajaan tidak menolak untuk membuat bayaran itu tetapi hanya memohon penangguhan sementara menunggu pendengaran rayuan mereka terhadap penghakiman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang pastor dan jumlah ganti rugi yang besar, wajar diberikan pertimbangan untuk penangguhan.

Selain itu, beliau turut menghujahkan permohonan itu tidak memprejudiskan plaintif kerana difailkan tanpa kelewatan tidak wajar sebaik sahaja memperoleh semua dokumen mahkamah yang berkaitan.

“Ini bukan isu kami (kerajaan) tidak mahu mematuhi penghakiman itu,” katanya.

Mendengar hujahan itu, Jerald Gomez bagaimanapun membantah kerana tiada permohonan penangguhan dibuat dalam tempoh lebih sebulan selepas penghakiman dibuat pada 5 November 2025.

Ujarnya permohonan itu hanya cubaan untuk melengah-lengahkan dan menghalang pihak yang berjaya daripada menikmati hasil tindakan undang-undang mereka sehingga rayuan diputuskan.

Pada 5 November 2025, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Tiang Joo memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi lebih RM30 juta kepada Susanna Liew selepas membenarkan saman difailkan wanita itu berhubung kehilangan suaminya.

Berikutan keputusan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian memfailkan rayuan terhadap pada hari berikutnya.

Susanna Liew memfailkan saman itu terhadap polis dan kerajaan berhubung kehilangan suaminya serta cara pihak berkuasa menyiasat kes tersebut.

Raymond Koh dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bertopeng ketika memandu di Kelana Jaya dekat sini pada 13 Februari 2017.

Sebelum itu, pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi turut memerintahkan ganti rugi lebih RM30 juta itu didepositkan ke dalam akaun AmanahRaya Berhad.

Jerald Gomez, yang mewakili Susanna Liew berkata Hakim Tiang Joo memerintahkan demikian selepas perkara itu dipersetujui pihaknya dan yang mewakili kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Jerald Gomez, institusi kewangan itu dipilih berikutan ia mengenakan caj yang rendah selain memberi jaminan untuk memulangkan semula wang tersebut kepada kerajaan sekiranya keputusan mahkamah berubah pada peringkat rayuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI