fbpx

Tuntutan Paten Tulip Innovation Terhadap Sunwoda Batteries Diperluas untuk Merangkumi Tindakan KTC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST, Hungary, 26 Januari 2026 /PRNewswire/ — Pada 19 Januari 2026, Suruhanjaya Perdagangan Korea (KTC) memulakan kes berdasarkan tuntutan yang difailkan oleh Tulip Innovation bahawa sel bateri ion litium Sunwoda dan pek bateri Geely Auto Group – dibekalkan untuk SUV hibrid terlaris di Korea – melanggar paten yang termasuk dalam program pelesenan bateri Tulip. Peningkatan kempen penguatkuasaan Tulip terhadap aktiviti tidak berlesen Sunwoda dan pelanggan syarikat itu berikutan tindakan paten yang difailkan di Jerman dan merupakan hasil daripada keengganan Sunwoda untuk mengambil lesen.

Tindakan KTC melibatkan Paten Korea No. 10-1089135 dan berkaitan dengan gabungan elektrod dan pemisah bateri, yang merupakan elemen penting bagi keselamatan dan prestasi bateri kereta. Paten Korea yang ditegaskan itu ialah sebahagian daripada satu paten Eropah yang Tulip tegaskan dalam kes Jerman yang mengakibatkan pengeluaran tiga injunksi terhadap Sunwoda pada tahun lepas.

Sebagai agen pelesenan untuk portfolio lebih 5,000 paten yang dimiliki oleh LG Energy Solution dan Panasonic Energy, usaha penguatkuasaan Tulip terutamanya ditujukan kepada pengilang bateri tetapi boleh juga termasuk pelanggan yang memperoleh bateri daripada pembekal tidak berlesen. Kes Korea yang baharu dimulakan itu mempamerkan kekuatan global portfolio Tulip dan menunjukkan bahawa syarikat yang beroperasi di hiliran dalam rantaian bekalan bateri ion litium mungkin mempunyai liabiliti pelanggaran paten yang berkaitan dengan produk tidak berlesen.

"Tulip memulakan tindakan ini di Korea sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat berkenaan untuk menegakkan keadaan pasaran yang adil dan berdaya saing dalam industri bateri," jelas Ferencz Farkas, Pengarah Tulip, sambil menambah bahawa "matlamat kami ialah memberikan lesen di bawah portfolio kepada semua pengilang bateri ion litium tetapi, jika perlu, Tulip bersedia menguatkuasakan undang-undang terhadap peserta berbeza dalam rantaian bekalan bagi melindungi hak harta intelek Pemberi Lesen."

Maklumat Tentang Tulip Innovation

Tulip Innovation Kft. ialah syarikat bebas yang diasaskan untuk mewujudkan dan menguruskan program pelesenan bateri ion litium. Berpangkalan di Hungary, hab pembuatan bateri Eropah, misi Tulip ialah bekerjasama dengan syarikat yang melaksanakan teknologi bateri Li-ion untuk memastikan operasi pembuatan masing-masing mempunyai akses kepada portfolio IP Tulip yang teguh. Diterajui oleh pasukan profesional pelesenan dengan pengalaman selama berdekad, Tulip mempunyai gabungan unik hubungan industri yang kukuh serta kepakaran dalam merunding dan menguruskan lesen paten. Maklumat lebih lanjut tersedia di www.tulipinnovation.com

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2736994/5730632/Tulip_Innovation_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4869041_MS69041_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI