PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam ini di beberapa negeri.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Terengganu di Setiu manakala Pahang melibatkan Maran dan Kuantan.
“Turut terlibat, beberapa daerah di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Bintulu dan Miri,” katanya.
Sementara itu, amaran ribut petir juga dijangka berlaku bagi Sabah melibatkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE














