fbpx
Tangkap layar memaparkan sebuah keluarga sedang beriadah.

[VIDEO] ‘Sebak dengar kakak cakap macam itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Abah, nanti kakak dah besar, kakak dah jadi doktor, kakak nak jaga abah.”

Itu luahan seorang kanak-kanak perempuan kepada bapanya yang menghidap trauma kecederaan otak.

Kata-kata itu dirakam ketika ibu kepada kanak-kanak tersebut membawa suaminya yang terlantar di atas kerusi roda untuk menikmati riadah bersama anak-anak mereka.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @anneeaen, kelihatan wanita tersebut menolak kerusi roda suaminya untuk meluangkan masa bermain bola keranjang.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata turut sebak dan terharu melihat kasih sayang keluarga tersebut.

“Sumpah mahal kak, semoga Allah bagi rezeki berpanjangan dekat abang, akak dan anak-anak,” komen Nizam PruBsn.

“Sedihnya. Semoga cita-cita kakak nak jadi doktor tercapai,” kata Sophea.

“Ya Allah, dengar kakak cakap sebak kita. Semoga Allah makbulkan cita-cita kakak. Jadi yang terbaik kakak!,” komen Wana. – KOSMO! ONLINE

@anneeaen Sudah pahamkan? 🫂 #sediaakusebelumhujan #severetraumaticbraininjury #tbisurvivor #tbi #mylove ♬ Sedia Aku Sebelum Hujan – Idgitaf

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN