fbpx
Gambar hiasan.

10,000 pelajar miskin tegar terima biasiswa PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Peningkatan hampir dua kali ganda penerima biasiswa dan pendidikan percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin tegar mampu membuka lebih banyak peluang dan memutuskan rantaian kemiskinan melalui pendidikan.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, langkah yang diumumkan kerajaan di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memastikan akses pendidikan tinggi yang inklusif dan saksama.

“Peningkatan ini memberi peluang kepada lebih ramai anak keluarga miskin tegar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sekali gus memperkukuh mobiliti sosial dan pembangunan modal insan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, sebelum ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM120 juta setahun bagi membiayai 5,800 pelajar miskin yang mengikuti pengajian di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) menerusi Belanjawan 2026.

“Namun, menerusi pengumuman terkini, jumlah penerima manfaat ditingkatkan kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin tegar yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih,” katanya.

PTPTN menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan dasar dan komited untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan inisiatif tersebut dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh.

PTPTN turut optimis langkah itu akan terus memperkasakan ekosistem pendidikan negara demi masa depan Malaysia yang lebih mampan dan sejahtera.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN