fbpx
LOGO Grok tertera pada skrin telefon pintar di Brussels, 12 Januari lalu. – AFP 

Grok cipta 3 juta imej lucah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Chatbox kepintaran buatan (AI) Elon Musk, Grok menjana kira-kira tiga juta imej seksual wanita dan kanak-kanak dalam masa beberapa hari, kata badan pemerhati maklumat berbahaya dalam talian, Center for Countering Digital Hate (CCDH) semalam.

Ciri penyuntingan pada Grok yang dibangunkan oleh syarikat milik Musk, xAI dan diintegrasikan dalam platform X itu membenarkan pengguna mengubah imej sebenar manusia menerusi perintah teks mudah seperti ‘letak dia dalam bikini’ atau ‘tanggalkan pakaiannya’.

Kebanjiran imej palsu deepfake lucah itu meletus dalam talian, mendorong beberapa negara mengharamkan Grok dan mengundang kemarahan pihak berkuasa komunikasi serta mangsa.

“Grok telah menjana kira-kira tiga juta imej seksual, termasuk 23,000 gambar kanak-kanak selepas pelancaran ciri penyuntingan imej pada AI tersebut di X,” kata CCDH.

Ia menganggarkan Grok menjana jumlah imej fotorealistik itu dalam tempoh 11 hari dengan kadar purata 190 imej seminit.

Laporan itu tidak menyatakan berapa banyak imej yang dicipta tanpa persetujuan orang yang digambarkan.

Menurutnya, selebriti yang dikenal pasti dalam imej seksual Grok termasuk pelakon Amerika Syarikat (AS), Selena Gomez, penyanyi Taylor Swift dan Nicki Minaj serta ahli politik seperti Timbalan Perdana Menteri Sweden Ebba Busch dan bekas naib presiden AS Kamala Harris.

Minggu lalu, Filipina menjadi negara ketiga mengharamkan Grok di Asia Tenggara selepas Malaysia dan Indonesia, sementara Britain dan Perancis akan terus memberi tekanan kepada syarikat itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI