fbpx
SEBUAH kereta Golf 8 berada di ruang pameran di Wolfsburg, Jerman pada 24 Oktober 2019. – AFP

Volkswagen panggil balik lebih 3 juta kereta, risiko masalah stereng 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Gergasi automotif Jerman, Volkswagen mengesahkan pemanggilan balik lebih tiga juta kenderaan di seluruh dunia berikutan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa pengangkutan Jerman (KBA) sebagai risiko stereng.

Model yang terjejas merangkumi kenderaan VW Tiguan, Touran, Golf dan Caddy yang dibina antara 2013 hingga 2024, serta kira-kira 700,000 model Audi yang dibina dari 2017 hingga 2024, kata KBA dalam kenyataan ringkas pada minggu ini.

Akhbar Handelsblatt melaporkan semalam bahawa model Seat dan Skoda turut terlibat dalam pemanggilan balik tersebut.

Kakisan boleh menyebabkan bolt patah, seterusnya membawa kepada kegagalan stereng, walaupun tiada insiden sedemikian dilaporkan, kata KBA.

“Masalah kasikan ditemukan semasa pemeriksaan kawalan kualiti kenderaan,” kata seorang jurucakap Volkswagen. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN