fbpx
Azam semasa berucap pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

SPRM tambah 4 pegawai integriti ‘jaga’ perolehan tender Mindef

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menambah seramai empat lagi pegawai integriti untuk memantau urusan perolehan tender dan sebut harga Kementerian Pertahanan (Mindef).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penambahan empat pegawai selama enam tempoh enam bulan itu dijalankan sebelum 1 Februari ini bagi melihat compang-camping dan kelemahan tadbir urus kementerian tersebut.

Menurutnya, keputusan itu dilakukan selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan semalam.

“Sebelum ini, SPRM sudah menempatkan dua pegawai integriti di Mindef sejak hampir dua tahun lalu. Jadi, kita tempatkan empat lagi pegawai di sana untuk memantau perolehan tender dan sebut harga di kementerian tersebut.

“Pemantauan itu bukan sahaja melibatkan Tentera Darat Malaysia, tetapi ia turut melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azam memberitahu, pemantauan itu dijalankan pihak SPRM dan Mindef bagi menyemak atau mengaudit perkara melibatkan kebocoran terhadap aspek perolehan.

Menurutnya, Menteri Pertahanan juga bersetuju dengan SPRM untuk membawa pakar-pakar daripada kerajaan seperti Jabatan Audit Negara sekiranya diperlukan untuk memantau perolehan di dalam Mindef.

“SPRM akan lihat isu ketirisan yang berlaku di Mindef dan akhirnya kita mahu melakukan penjimatan kos supaya satu-satu pembelian yang dijalankan adalah telus.

“Sebagai contoh, apabila ada pembelian aset dengan jumlah yang besar, SPRM akan mencadangkan agar Mindef mengkaji semul sama ada harga bertepatan atau tidak dan nilai pasaran baranga tersebut. Ini semua termasuk dalam perbincangan saya dengan Menteri Pertahanan,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Mindef dan SPRM sepakat memperkukuh integriti serta tadbir urus dalam institusi pertahanan negara menerusi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Mohamed Khaled berkata, komitmen itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat Azam ke Wisma Pertahanan, sekali gus mencerminkan usaha bersama dalam meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan.

Menurut beliau, selari dengan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti, Mindef menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam semua siasatan berkaitan kes rasuah yang sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN