fbpx
PENGACARA yang juga penyampai radio popular, Sharifah Shahirah menafikan dirinya menangggung makan pakai suaminya, Ijoy yang didakwa tidak berkerja.

‘Sebenarnya dia bekerja, kerjanya menyenangkan hati saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Didakwa kononnya menanggung biawak hidup tidak bekerja, penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah menyangkal tuduhan tersebut selain menegaskan peranan seorang suami tidak wajar diukur melalui wang ringgit semata-mata.

Ujar Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 51, suaminya, Ijoy, bukanlah individu tidak berfungsi sebagai ketua keluarga seperti dianggap ramai malah menjadi tonggak sokongan emosi buat dirinya serta anak-anak.

“Memang ada orang kata Ijoy tak bekerja. Tapi sebenarnya dia bekerja, cuma kerjanya menyenangkan hati saya.

“Dia uruskan keluarga dan beri sokongan dari belakang. Saya perlukan suami jenis begitu, bukan sekadar keluar cari duit.

“Bila badan saya tak larat, Ijoy ambil alih urusan anak-anak,” katanya menerusi sesi temu bual sebuah program audio siar.

Tambah penyampai radio Sinar FM itu, realiti dunia seni hari ini juga membuatkan tawaran kerja lakonan buat suaminya semakin tidak sepadan dengan nilai masa dan tenaga.

“Ijoy ada gerai makan. Kalau dapat tawaran berlakon pula, bayarannya sekitar RM500 sahaja. Bukan dia tak mahu berlakon.

“Kalau saya buat ulasan dalam Instagram, pendapatan boleh lebih daripada jumlah itu. Jadi RM500 untuk berlakon memang tak masuk akal,” ujarnya.

Sudah lali diajukan soalan sama, ibu lima anak itu mengakui tidak lagi ambil pusing terhadap pandangan sinis masyarakat terhadap kehidupan mereka sekeluarga.

“Saya sudah sampai tahap malas nak ambil peduli. Biarlah orang tengok kami macam tak ada apa-apa, anggap hidup susah atau miskin. Saya tak kisah lagi.

“Kalau orang kata lelaki perlu buat itu dan ini, saya tak mampu ubah persepsi semua. Saya tahu Ijoy sudah cuba sehabis baik,” luahnya.

Paling penting katanya, setiap manusia hadir dengan kelebihan tersendiri, termasuk suaminya, meskipun tidak sempurna di mata umum.

“Saya tak boleh buktikan kepada semua orang bahawa keluarga kami paling terbaik.

“Ijoy ada kekurangan, tapi dalam kekurangan itu ada kebaikan besar. Tiada manusia sempurna.

“Rezeki setiap orang berbeza dan cara hidup juga tidak sama,” tuturnya.

Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga bersama Ijoy pada 2003 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airel, 22, Airra, 19, Audra, 17, serta Adeena, 10.

Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan memiliki seorang anak perempuan, Tallisya, kini berusia 28 tahun. – KOSMO! ONLINE.
[10:11 AM, 1/22/2026] Syarfa Hiburan Kosmo Baru: ‘Nak nampak mahal’ -Amyza Aznan sebak umum berhijab

KUALA LUMPUR – Pelakon Amyza Aznan mendedahkan dirinya kini sudah berhijab secara rasmi sejak Oktober tahun lalu.

Berkongsi dalam nada sebak, Amyza, 50, memaklumkan tujuan berhijab adalah untuk memuliakan dirinya sendiri.

“Secara rasmi dah bertudung bermula bulan 10 tahun lepas.

“Apa yang membuatkan saya pilih untuk berhijab, ada yang kata mungkin dugaan atau ujian saya alami sebelum ini. Tidak, yang buatkan saya berhijab sebab saya nak rasa diri saya mahal.

“Anak-anak pun nak saya nampak mahal dan mereka sangat suka,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang media Drama Ramadan Raya 2026, Jwanjih Drama, semalam.

Ditanya mengenai reaksi emosinya ketika berkongsi khabar gembira tersebut, pelakon drama Rindu Kasih itu mengakui sukar menggambarkan perasaan yang dialaminya, sebaliknya percaya perubahan itu adalah tanda kasih sayang Allah terhadap dirinya.

“Tak tahu nak terangkan macam mana, Allah sayang saya,” ujarnya sambil menitiskan air mata.

Bagaimanapun, Amyza memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci faktor yang mendorong dirinya berhijab kerana bimbang mencetuskan pelbagai pandangan dan perdebatan dalam kalangan masyarakat.

“Saya rasa apa yang membuatkan saya berhijab, saya tak nak kongsikan sangat sebab takut ada banyak perbalahan.

“Tahulah orang sekarang, semua nak bagi pendapat. Jadi, saya ambil keputusan tak berkongsi apa yang menyebabkan saya berhijab,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, keputusan tersebut juga dibuat tanpa sebarang dorongan daripada mana-mana pihak dan berlaku secara spontan.

“Tiada dorongan sesiapa, bila bertudung baru saya sedar bila Allah berkehendak, dalam sesaat atau sekelip mata akan terjadi.

“Semalam tak fikir esok nak pakai tudung, tiada. Esoknya itu memang sekelip mata,” jelasnya.

Sebelum ini, Amyza kerap berkongsi penampilan terbaharunya dalam media sosial sekali gus meraih pujian daripada peminat dan mendoakan agar dirinya kekal istiqamah dalam perubahan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI