fbpx
Salwani yang berkerusi roda ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini.

Isteri ketiga bekas PTD didakwa terima wang haram RM77,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000.

Bagaimanapun, tertuduh, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Salwani didakwa sebagai pengawal sebuah syarikat menerima wang hasil daripada aktiviti haram masing-masing RM50,000, RM7,000, RM10,000 dan RM10,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik syarikat itu berjumlah RM77,000.

Kesalahan dilakukan di sebuah bank di Damansara Heights di sini antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025 yang mengikut Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Salwani diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 30 Mac ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN