fbpx
Inilah rumah yang diceroboh pencuri yang hanya meninggalkan RM10.50 di Kampung Bukit Betong, Lipis semalam.

Pencuri ambil RM500, tinggalkan RM10.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Kejadian ketukan misteri di beberapa kampung di daerah ini bertukar jenayah apabila duit peniaga burger dicuri selepas rumahnya di Kampung Bukit Betong diceroboh semalam, tanpa kesan pecah masuk ditemukan.

Kejadian itu disedari pada pukul 5 pagi apabila penghuni rumah itu terdengar bunyi bising seperti seseorang sedang menyelongkar barang di ruang tamu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Betong, Badra Isa Abdul Hamid berkata, ketika kejadian itu, mang­sa ternampak bayang-bayang bergerak di ruang tamu.

Katanya, tiga beranak yang tinggal serumah itu tidak berani keluar kerana bimbang ke­selamatan diri dan hanya me­nunggu sehingga keadaan kembali senyap.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan pintu diumpil atau dipecahkan, malah keadaan rumah seperti biasa seolah-olah tiada sebarang pencerobohan berlaku,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, mangsa hanya menyedari kejadian itu pada waktu pagi apabila mendapati wang tunai kira-kira RM500 yang disimpan di dalam kotak hasil perniagaan burger telah hilang dan hanya tinggal RM10.50.

“Mangsa telah membuat laporan mengenai kehilangan wang itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, pihaknya juga menerima laporan mengenai ketukan misteri di Bukit Kota pada pukul 10.30 malam.

Katanya, ia diikuti kejadian sama di kawasan Rumah Banjir Bukit Betong kira-kira sejam kemudian.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk supaya terus berwaspada, meningkatkan kawalan keselamatan serta segera melaporkan kepada polis jika berlaku sebarang kejadian mencurigakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN