fbpx
Azam Baki menandatangani plak pada Majlis Penyerahan Projek dan Majlis Perasmian Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca) di Bandar Enstek Nilai, hari ini. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Titah Agong: SPRM tidak pilih bulu, tidak hanya siasat ‘bilis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tidak memilih bulu atau pangkat dalam menjalankan siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ketelusan SPRM sebagai badan pencegah rasuah telah dibuktikan sejak beberapa tahun lalu.

“Kami tidak akan memilih kasih, memilih bulu dan sebagainya tanpa mengira kelas seseorang dan ini sebenarnya telah dibuktikan SPRM sejak beberapa tahun lepas lagi.

“Kalau ada masyarakat yang masih memandangkan kami hanya menyiasat ikan bilis, terpulang. Ini semua persepsi pada saya mereka hanya mahu melihat kejatuhan SPRM sahaja,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca), Bandar Enstek Nilai, di sini.

Azam Baki berkata, pihak SPRM turut menjunjung titah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang tegas mahu memerangi rasuah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 semalam.

“Saya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong atas ucapan yang tegas mahu memastikan supaya isu rasuah, salah guna kuasa dan juga peningkatan integriti dilaksanakan dengan begitu tegas terutama oleh SPRM.

“Jadi, mandat yang kita terima ini terutama sekali daripada titah Yang di-Pertuan Agong, akan kita laksanakan sebaik mungkin,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI