fbpx
ROSENIOR

UCL: Pemain Chelsea selesa di kemudi Rosenior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Selepas mencatat kemenangan pertama di bawah Liam Rosenior, Chelsea kini mengalihkan perhatian ke arah aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Pafos di Stamford Bridge awal pagi esok.

The Blues terdesak memburu tiga mata bagi memastikan mereka dapat masuk ke dalam kelompok lapan teratas aksi liga sepusingan (round-robin), sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik secara automatik.

Pemain tengah Chelsea, Moises Caicedo berkata, kemenangan ke atas Brentford sebelum ini membangkitkan semangat juang dia dan rakan sepasukan untuk terus mengekalkan rentak konsisten itu.

“Kami sangat gembira kerana dapat mencatat kemenangan pertama dalam liga di bawah pengurus baharu. Memang benar aksi kami belum sempurna tetapi kadang-kadang ia sangat diperlukan bagi mendapatkan tiga mata.

“Beliau (Rosenior) lebih gemar untuk menggunakan pemain tengah bagi mengawal permainan dan saya sedang menyesuaikan diri. Saya harap kami dapat mengekalkan rentak kemenangan ketika bertemu Pafos,” katanya.

Justeru, pemain Ecuador itu menggesa rakan sepasukan supaya terus percaya kepada diri sendiri meskipun mereka sedang berdepan situasi tidak menentu sehingga menyaksikan kedudukan Chelsea dalam liga terus merudum.

“Semua pemain perlu segera menyesuaikan diri dengan corak permainan baharu yang diterapkan. Kami faham dengan apa yang jurulatih mahukan dan kami gembira beliau bersama Chelsea sekarang,” ujar Caicedo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN