fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang ditemukan terapung di Nibong Tebal, hari ini. Foto IHSAN JBPM

Mayat lelaki dijumpai terapung di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemukan dalam keadaan terapung berhampiran Jambatan Jalan Titi Timbul, Nibong Tebal di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.23 pagi dengan operasi melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal.

“Anggota bomba mengangkat mayat lelaki asing itu sebelum diserahkan kepada polis. Berdasarkan maklumat, mangsa merupakan warga asing yang dilaporkan terjatuh dari jambatan,” katanya yang memberitahu operasi tamat pada pukul 10.42 pagi.

Terdahulu, tular satu rakaman video daripada orang awam yang menmaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki dalam keadaan terlangkup. Turut kelihatan sebuah basikal dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan tidak jauh dari titi tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI