fbpx

LANDI Global Rai 20 Tahun Inovasi dengan Pelancaran Portfolio Pembayaran P-Series Generasi Akan Datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA, 19 Januari 2026 /PRNewswire/ — LANDI Global, peneraju dunia bagi penyelesaian profesional pembayaran dan peniaga, dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-20nya dengan memperkenalkan portfolio pembayarannya yang paling canggih: P-Series.

Dibangunkan berdasarkan 20 Tahun Pengalaman, Dibentuk oleh Dua Tahun R&D

Pelancaran ini merupakan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan intensif selama lebih dua tahun yang dirangka untuk memenuhi keperluan keselamatan dan prestasi yang kian berkembang dalam sektor kewangan dan runcit global.

Berakar umbi secara mendalam pada DNA LANDI ialah lakuran antara skala industri global dan kemesraan kawasan setempat. Dengan pengalaman kepimpinan selama 20 tahun dan lebih 130 juta terminal dipasang atur, LANDI memanfaatkan pengalamannya yang tiada tandingan untuk memastikan inovasi bertaraf dunia disampaikan dengan kepakaran khusus pasaran yang hanya dapat diberikan oleh kehadiran tempatan yang hakiki.

P-Series: Portfolio Pembayaran Generasi Akan Datang yang Lengkap

P-Series baharu ini menggabungkan kepakaran yang terbukti di lapangan selama dua dekad dengan teknologi canggih. Direkayasa untuk transaksi berprestasi tinggi dan terjamin, rangkaian ini membawakan sistem pengendalian Android 14 yang terkini dan pensijilan keselamatan PCI v7.x. Siri produk yang berbeza daripada portfolio ini merangkumkan semua keperluan peniaga moden:

  • P10 Series: Keserbabolehan yang tiada tandingan dengan konfigurasi tanpa wayar dan atas kaunter, memberikan keupayaan pembayaran pintar dan penting tanpa menjejaskan keselamatan dan prestasi terbaik dalam kelasnya.
  • P20 Series: Papan kekunci memberikan prestasi terbaiknya dalam dunia yang hanya semakin menggunakan fungsi sentuhan. P20 menggabungkan skrin sentuh 5-inci yang jelas dengan pad kekunci fizikal demi keyakinan sentuhan, manakala P20-R direkayasa demi keandalan dalam persekitaran runcit berintensiti tinggi.
  • P30 Series: Apabila prestasi pembayaran bertemu kemudahan canggih. Dibangunkan berkisarkan paparan HD 6.5-inci yang mengagumkan untuk pengalaman imersif, atau dengan versi Dwiskrin, dilengkapkan oleh varian Tablet 11-inci yang kesemuanya direka untuk menyokong penumpuan keperluan pembayaran dan perniagaan.

Satu Ekosistem. Satu Visi.

"Di LANDI, visi kami jauh melangkaui perkakasan," kata Patrice Le Marre, Ketua Pegawai Eksekutif LANDI Global. "Kami komited untuk memperkasakan ekosistem perdagangan global melalui teknologi dan perkongsian yang teguh. Dengan menggabungkan penyelesaian bersepadu bersama rangkaian rakan kongsi di seluruh dunia, kami mendayakan pembayaran yang lancar dan selamat pada setiap titik sentuhan, selain mempercepat penumpuan pembayaran, aplikasi perniagaan dan juga perkhidmatan digital semasa semak keluar."

Latar Belakang LANDI
Ditubuhkan pada tahun 2005, LANDI ialah penyedia POS pintar yang terkemuka bagi pembayaran, semak keluar dan mobiliti, dengan kepimpinan di China, 700⁺ paten dan 130 juta terminal dipasang atur. Sejak menjadi syarikat bebas pada tahun 2022, LANDI mempercepat pengembangan global bagi menyokong transformasi digital di seluruh dunia.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4865256_MS65256_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI