fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan seorang lelaki berguling untuk melintas jalan di Phuket. – KHAOSOD

Nyaris kena gilis, lelaki berguling lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Satu klip video  menunjukkan seorang lelaki warga asing berguling-guling di tengah  jalan yang sibuk di Phuket menjadi tular di internet, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian pelik itu berlaku semasa trafik sesak berhampiran tapak karnival muzik, EDC Thailand 2026 kelmarin.

Rakaman video berdurasi 12 saat itu asalnya dimuat naik oleh laman Facebook PhuketTimes. Ia menunjukkan lelaki itu kelihatan keliru ketika berbaring seterusnya berguling melintasi Jalan Ban Don–Choeng Thale (Pasak).

Seorang lelaki lain, dipercayai rakannya, dilihat bergegas masuk untuk menarik pelancong tersebut dan mencegah daripada berlaku kemalangan.

Rakaman video itu menimbulkan kebimbangan keselamatan kerana kenderaan dilihat cuba mengelak daripada melanggar lelaki itu  di jalan yang sesak. 

Pengguna media sosial mempersoalkan keadaannya dengan mereka membuat spekulasi sama ada dia berada di bawah pengaruh alkohol atau bahan terlarang.

PhuketTimes menyiarkan klip video itu bersama kapsyen: “EDC ada segalanya! Tak tahu apa yang merasuk lelaki ini”.

Seorang netizen berkata, tingkah laku lelaki itu seperti dia berada  di bawah pengaruh cendawan psikedelik sekali gus mendorong spekulasi lanjut mengenai potensi penggunaan dadah di kawasan sekitar festival itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI