fbpx
GAMBAR HIASAN

Siasat pemberi rasuah, ejen tanpa pilih kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak lebih pantas dan tegas dalam melengkapkan siasatan serta pendakwaan tanpa pilih kasih atau tekanan politik.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Jais Abdul Karim berkata, , jawatan awam merupakan amanah rakyat dan sebarang penyalahgunaan kuasa, dana atau aset kerajaan adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara.

“Tindakan mesti merangkumi bukan sahaja penerima rasuah, malah pemberi dan ejen yang selama ini kurang disentuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, MCW menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menegaskan rasuah mesti diperangi secara menyeluruh termasuk terhadap pemberi rasuah dan ejen.

Menurut Jais, titah Seri Paduka Baginda bukan sekadar peringatan umum, sebaliknya amanah nasional yang menuntut tindakan segera oleh semua institusi berkaitan.

“Titah Seri Paduka Baginda adalah isyarat jelas bahawa perang terhadap rasuah tidak boleh lagi ditangguhkan dan mesti dilaksanakan tanpa kompromi.

“Ia juga merupakan asas kepada reformasi institusi dan pengukuhan tadbir urus berintegriti negara,” juganya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN