fbpx
Mohd. Puad.

‘Rumah Bangsa’ bukan penyatuan politik UMNO dan Pas – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “‘Rumah Bangsa’ bukan untuk penyatuan politik UMNO-Pas. Janganlah perasan sangat,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Menurut beliau, ‘Rumah Bangsa’ adalah untuk mereka yang mahu menyertai kembali UMNO secara individu mahupun secara berkumpulan.

“Seorang pemimpin Pas menyatakan agenda ‘Rumah Bangsa’ saranan Presiden UMNO tidak akan berjaya jika UMNO masih bersama DAP. Pemikiran mundur pemimpin Pas.

“Masih terikat dengan politik identiti. Pas bawa lagu basi. Dulu guna agama untuk tarik sokongan Melayu. Sekarang guna DAP untuk mengekang Melayu sokong UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Puad berkata, Pas perlu tahu bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mendepani cabaran politik rentas gabungan kepartian.

Kata beliau, pemimpin Pas pula masih duduk bawah tempurung dan tidak habis bermain dengan isu DAP.

“Akhirnya tanpa DAP, Pas-Bersatu tetap berlegai dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI