SUDAH masuk tahun 2026, cerita tentang Bella Astillah dan Syed Saddiq (BASS) masih hangat diperkatakan dalam media sosial.
Senang cakap, tak basi-basi cerita tentang mereka. Paling membuatkan ramai teruja apabila ada yang dakwa Bella dan Syed Saddiq bakal naik pelamin tahun ini.
Kata peminat mereka, terlalu banyak ‘hint’ diberikan dua figura itu, contohnya Syed Saddiq kata akan tiba masa dan sebagainya.
Jadi, keterujaan peminat pun memang berterusanlah nampaknya selagi tiada pengumuman hari bahagia mereka.
Begitulah peminat. Segala benda nak teruja, Diva seorang saja ke yang tidak teruja sangat sebab Bella dan Syed Saddiq pun tidak meletakkan sebarang status mengenai hubungan mereka, sama betul-betul bercinta, kawan baik atau sekadar rakan perniagaan.
Semuanya masih samar-samar bayangan. Cuma pastilah semua orang mendoakan yang terbaik buat mereka.
Iyalah, sudah ke sana ke sini bersama, takkanlah sekadar kawan kan? Semoga apa yang dihajati peminat dan sebarang perancangan Bella dengan Syed Saddiq menjadi realiti serta dipermudahkan.
Harap segala momen manis mereka yang dipaparkan dalam media sosial selama ini berakhir bahagia. Penat juga ya ternanti-nanti pengumuman daripada mereka. Jadi bila tarikh kahwin BASS?
DIVA: Ramai peminat Fattah dan Amira mengadu artis kesayangan mereka jarang kongsi konten ‘sweet’ seperti dahulu.














