fbpx
Will Smith merancang untuk menakluki pasaran Bollywood dengan bekerjasama dengan pelakon legenda, Amitabh Bachchan.

Will Smith masuk Bollywood, buat projek dengan ‘Big B’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

EMPAT dekad bertahan dalam industri hiburan Hollywood, pelakon Will Smith mengakui teringin membintangi filem Bollywood yang disifatkan sangat istimewa.

Aktor berusia 57 tahun itu berkata, keakraban dengan beberapa penggiat seni tersohor dari India termasuk Salman Khan dan Shah Rukh Khan menguatkan lagi keinginannya.

“Saya pernah berbincang dengan Salman Khan membabitkan hal dunia perfileman. Saya juga mencuba untuk merealisasikan projek dengan Big B (Amitabh Bachachan),” katanya.

Bahkan, mengimbas pertemuan tersebut, Salman turut mengusiknya dengan julukan Big W seperti gelaran diberikan kepada Amitabh.

Pada masa sama, pelakon filem Men In Black itu turut berharap Raja Bollywood, Shah Rukh Khan mengajaknya berkolaborasi di layar perak.

Begitupun, tambahnya sehingga kini kerjasama diharapkan belum dapat direalisasikan, namun sumber mendakwa Smith sememangnya bakal muncul dalam sebuah filem Bollywood tetapi naskhah tersebut masih dirahsiakan.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN