fbpx
Kebocoran gas amonia melibatkan sebuah lori di susur masuk Plaza Tol Seremban.

Kebocoran gas amonia: Lembaga Lebuhraya sahkan semua mangsa stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya (LLM) mengesahkan berlaku insiden kebocoran gas amonia melibatkan sebuah lori di susur masuk Plaza Tol Seremban menghala ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kejadian itu menyebabkan seorang jurutol, seorang pengawal keselamatan dan seorang pemandu lori mengalami sesak nafas sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

LLM dalam kenyataannya berkata, kesemua mangsa dilaporkan stabil dan sedang dipantau pihak perubatan.

“Tindakan pantas diambil dengan mengaktifkan prosedur keselamatan termasuk penutupan sementara kawasan terjejas bagi mengelak risiko kepada pengguna lebuh raya dan kakitangan bertugas,” katanya hari ini.

LLM berkata, pihak konsesi lebuh raya dan pasukan kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi berkaitan digerakkan bagi mengawal keadaan dan memastikan lokasi kembali selamat sepenuhnya.

“Pengendali kenderaan berat khususnya lori membawa bahan berisiko diingatkan supaya memastikan tahap keselamatan dan penyelenggaraan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum berada di jalan raya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan tiga individu termasuk jurutol dan pengawal keselamatan dikejarkan ke hospital ekoran sesak nafas susulan kejadian kebocoran gas amonia dari sebuah lori di susur keluar ke Plaza Tol Seremban menghala ke Kuala Lumpur Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN