fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Ojen di laman TikTok.

[VIDEO] ‘Jangan cari pasal dengan orang berduit’ dituju kepada Tareq Fit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ojen Aiwah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan yang dikeluarkannya baru-baru ini yang didakwa telah disalah tafsir oleh segelintir pihak sehingga mengundang kecaman netizen.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok, Ojen berkata, kenyataan yang menjadi kontroversi itu sama sekali tidak ditujukan kepada netizen atau rakyat Malaysia, sebaliknya hanya kepada seorang jurulatih kecergasan, Tareq Fit yang menurutnya kerap menghasilkan kandungan menyentuh pelbagai pihak termasuk agamawan, pempengaruh dan usahawan.

“Saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kenyataan itu bukan untuk netizen dan bukan untuk rakyat Malaysia, tetapi ditujukan kepada saudara tersebut sahaja,” katanya.

Menurut Ojen, kenyataan tersebut dikeluarkan ketika emosinya berada dalam keadaan tidak stabil selepas berdepan tekanan peribadi dan urusan perniagaan, sekali gus menyebabkan maksud sebenar mesej itu disalah ertikan.

Tambahnya, selama ini beliau memilih untuk berdiam diri dan menerima teguran berkaitan penampilan diri termasuk isu solekan dan pemakaian, malah mengakui telah melakukan perubahan secara berperingkat.

“Saya terima teguran. Sebab itu saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan balas sebelum ini. Tetapi apabila ia melibatkan jenama dan perniagaan yang saya bina selama lima tahun, itu yang membuatkan saya bangkit mempertahankan,” jelasnya.

Ojen berkata, tindakannya mempertahankan jenama produknya dibuat selepas individu terbabit didakwa menyentuh isu perniagaan dengan memaparkan wajahnya, kakitangan serta kandungan yang berpotensi mengelirukan orang ramai.

“Saya bukan nak riak atau bongkak. Sentuh personal saya tak mengapa, tetapi jangan sentuh periuk nasi dan jenama yang saya bina,” katanya.

Dalam masa sama, Ojen turut memaklumkan tekanan emosi yang dialaminya bertambah apabila ibunya sedang menjalani rawatan kanser, sekali gus memberi kesan besar terhadap keadaan mentalnya ketika itu.

Tambahnya, dia menjelaskan pihak guamannya elah cuba menghubungi individu terbabit sebelum sebarang tindakan undang-undang difailkan, namun tidak mencapai kata sepakat. – KOSMO! ONLINE

@ojennn_aiwahh Assalamualaikum semua, Maafkan saya @Kunafa.Aiwahhh ♬ original sound – OjennnAIWAHHH !

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI