BUKIT KAYU HITAM – Penduduk di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sini mendakwa kerap melihat van dari negara jiran dipandu laju dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Pengerusi Suara Orang Changlun, Mohd. Zaidi Desa berkata, dia yang menunggang motosikal pernah terjatuh atas jalan selepas dihimpit van dari Thailand kira-kira setahun lalu. “Apa yang membuatkan saya geram, pemandu van tidak berhenti. Nombor plat pula tulisan Thai. Walaupun hanya mengalami calar, namun kejadian seperti itu boleh meragut nyawa saya atau penguna jalan raya……














