KUALA LUMPUR – “Janganlah merajuk, balik ke sini, duduk kat rumah besar ini”.
Demikian seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas pemimpin UMNO yang sebelum ini bertindak meninggalkan parti dan menyertai parti lain.
Jelas Ahmad Zahid, meskipun berbeza pandangan, namun hubungan ‘adik-beradik’ antara pemimpin tidak akan putus sampai bila-bila.
“Ada yang merajuk nak masuk ke sana, sedangkan mereka lagi ‘tergigit’. Ini pula adik-beradik. Kita sambutlah, kita dakap balik sesama sendiri.
“Merajuklah tak apa, merajuk sekejap sudahlah. Marilah kita ‘balik’, dakaplah kita, jangan merajuk lagi.
“Kita pun tak larat nak pujuk, balik ke sini duduk kat rumah besar ini. Kita sama-samalah, kita sahabat dalam Barisan Nasional,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














