fbpx
Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTC, Kuala Lumpur. - Gambar Hiasan

Tambah ahli bukan jaminan UMNO menang pada PRN, PRU – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pertambahan keahilan kira-kira 46,655 pada tahun ini bukan jaminan untuk memberikan kemenangan kepada UMNO pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) pada masa datang.

Ini kerana kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, sejarah PRN Sabah telah menjadi satu ‘wake up call’ terbesar buat parti itu.

“Kita memasuki gelanggang dengan keyakinan memiliki lebih 622,637 ahli, tetapi undi yang diterima hanyalah 144,584 undi.
“Pengajarannya, ahli bukan semestinya pengundi dan pengundi tidak semestinya kekal bersama kita,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Mengulas lanjut Asyraf Wajdi berkata, trend penurunan ini bukan terhad kepada Sabah sahaja.

Beliau berkata, dalam tiga Pilihan Raya Umum yang lalu PRU13, PRU14 dan PRU15 pola yang sama berulang.

“Maka menjelang PRN Melaka, Johor dan seterusnya PRU16, kita wajib bertanya dengan jujur, adakah pertambahan 46,655 ahli pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 3.525 juta, sudah cukup untuk menjamin kemenangan?

“Statistik di banyak negeri menunjukkan jurang yang ketara antara jumlah ahli dan jumlah undi yang diterima,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI