fbpx
Pemain baharu JDT, Stuart Wilkin mengasak penyerang Kuching City, Ronald Ngah pada aksi malam tadi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

Liga Super: Kuching City belum cukup matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Kuching City FC (KCFC), Aidil Sharin Sahak tetap menzahirkan kepuasan terhadap komitmen serta disiplin tinggi barisan pemainnya selepas tewas tipis 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Aidil Sharin berkata, aksi berintensiti tinggi itu menjadi medan pembelajaran penting buat skuad kendaliannya yang masih dalam proses pembangunan, terutama dari segi pengurusan permainan ketika diasak lawan berkualiti tinggi.

Beliau memuji sikap profesional pemain memberikan yang terbaik di atas padang, selain menunjukkan kesediaan saling belajar dan memperbaiki kelemahan antara satu sama lain.

Mengulas jaringan JDT, jurulatih itu mengakui gol pertama lawan hadir hasil rembatan berkualiti tinggi, manakala gol kedua pula tercipta daripada detik magis individu yang sukar disekat mana-mana pasukan.

Aidil juga tidak menafikan masih terdapat aspek perlu diperbaiki, khususnya dari sudut mengawal tempo dan membuat keputusan tepat ketika berada di bawah tekanan lawan.

Mengulas kedudukan mereka yang kini di tangga keempat, Aidil menyifatkan situasi tersebut sebagai satu ‘berkat tersembunyi’ kerana tekanan terhadap pasukan sedikit berkurangan berbanding ketika berada di kelompok teratas.

Dalam perkembangan sama, Aidil mengesahkan kehadiran pemain baharu yang bakal menyertai pasukan, namun menegaskan aspek kecergasan dan risiko kecederaan akan diberi perhatian utama sebelum diturunkan.

“Pemain ini tidak berlatih hampir sebulan. Kami perlu menilai keadaannya satu hingga dua minggu kerana intensiti sangat tinggi dan tidak mahu kehilangan akibat kecederaan jangka panjang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN