fbpx
Manida meminta bantuan daripada CRSJ untuk memastikan kesnya mendapat perhatian meluas. - MGR Online

Balu ‘dijerat’ cinta kekasih baharu, rugi lebih RM64,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang balu di wilayah Nonthaburi mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi temu janji, menyebabkan beberapa barangan berharga miliknya dicuri, lapor laman berita Thaiger.

Manida, 43, berkata, dia mengalami kerugian sebanyak 500,000 baht (RM64,300) dari segi wang tunai dan barangan berharga yang dicuri suspek.

Dalam aduan kepada Yayasan Kempen untuk Menuntut Semula Keadilan Sosial (CRSJ), Manida meminta bantuan dengan mengemukakan dokumen untuk menyokong dakwaannya yang ditipu seorang lelaki dikenali selama lebih dua tahun.

Menurut Manida, selepas kematian suaminya beberapa tahun lalu, dia mengenali suspek pada Julai 2023 menerusi aplikasi Omi.

Lelaki dikenali sebagai Chawalit, 47, itu mengaku bahawa dia merupakan seorang jurutera dan lulusan sebuah universiti terkemuka.

Selepas mula menjalin hubungan cinta selama dua tahun, Manida berkata, dia sering membelanjakan wang untuk suspek, malah memberikan kad kredit miliknya kepada lelaki itu.

Helah suspek terbongkar apabila suatu hari ketika suspek datang ke rumahnya, beberapa barangan berharga didapati hilang.

Antara yang hilang adalah sembilan tangkal bersalut emas yang merupakan pusaka peninggalan mendiang suaminya.

Manida kemudian mendapat tahu bahawa suspek bukan seorang jurutera, sebaliknya peniaga di sebuah pasar tempatan.

Wanita itu membuat laporan polis, namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil, membuatkan dia nekad meminta bantuan daripada CRSJ.

Yayasan itu berjanji untuk mengetengahkan kes tersebut di media bagi memastikan suspek ditahan atas perbuatannya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN