fbpx
Anwar ketika menerima penyerahan Motosikal Nasional AFAZ Kencana Sport, di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

JPM terima AFAZ Kencana Sport, inisiatif buka peluang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini telah menerima penyerahan motosikal nasional, AFAZ Kencana Sport.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil kerjasama strategik industri tempatan dan antarabangsa itu bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan kepakaran kejuruteraan tempatan.

“Kerjasama industri tempatan dan rakan teknologi antarabangsa ini juga bakal menggerakkan rantaian industri bernilai tinggi negara.
“Saya percaya, inisiatif ini melambangkan keyakinan terhadap kemampuan anak tempatan dan usaha berterusan kerajaan dalam membina ekonomi yang lebih kukuh, berdaya saing dan mampan,” katanya menerusi media sosial.

Anwar berkata, kerajaan akan terus berusaha membawa Malaysia melangkah ke hadapan dalam membina industri motosikal yang lebih berdaya tahan.

“Insya-Allah, Kerajaan Madani juga akan berusaha membina industri motosikal yang lebih berdaya saing.

“Juga, bersedia menghadapi masa depan berpaksikan keupayaan tempatan, disokong kerjasama global dan dipandu aspirasi nasional,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN