fbpx
Erma berdepan kritikan secara terbuka oleh seorang individu dikenali sebagai Nor, susulan dakwaan kononnya karya dihasilkan tidak memberi manfaat kepada masyarakat.

‘Teringin nak buat cerita macam Hind Rajab, tapi dana tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tampil mempertahankan diri selepas dikritik secara terbuka oleh seorang individu dikenali sebagai Nor, susulan dakwaan kononnya karya dihasilkan tidak memberi manfaat kepada masyarakat.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, berkongsi tangkap layar perbualan memaparkan kritikan tersebut, termasuk cadangan supaya dia menghasilkan filem sarat mesej kemanusiaan seperti The Voice Of Hind Rajab.

Mengulas perkara itu, Erma tidak menafikan hasrat menghasilkan karya seumpama filem berkenaan, namun mengakui kekangan kewangan menjadi tembok besar menghalang impian tersebut.

“Saya ini kalau boleh memang teringin nak buat cerita macam itu, tetapi dana tiada.

“Apa kata awak saja jadi penaja saya? Pasti esok juga skrip siap,” katanya dalam Instagram.

Pengarah drama Pondan Ini itu turut menegur sikap segelintir pihak yang mudah meremehkan hasil kerjanya tanpa menonton atau memahami konteks sebenar cerita.

Malah, dia juga menyangkal dakwaan kononnya dia tidak menyokong filem The Voice Of Hind Rajab, malah mendedahkan perancangan untuk menonton karya berkenaan bersama rakan-rakan.

“Tak elok bercakap cerita saya mengarut. Tengok atau tidak drama saya? Jangan main petik sahaja.

“Macam mana awak tahu saya tidak beri sokongan? Saya siap rancang dengan kawan-kawan nak tengok Ahad ini.

“Saya jemput awak sekali tengok, nak? Saya belanja. Ada berani? Hari Ahad pukul 8 malam di Mid Valley. Saya tunggu, jangan tak datang,” ujarnya.

Tindakan kakak kepada aktres Umie Aida itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan pengarah tersebut berani mempertahankan karya sendiri serta membuka mata ramai tentang realiti kos dan cabaran sebenar dalam dunia perfileman.

Untuk rekod, filem The Voice Of Hind Rajab diinspirasikan daripada peristiwa sebenar pada 29 Januari 2024, melibatkan panggilan kecemasan seorang kanak-kanak perempuan Palestin kepada sukarelawan Palestine Red Crescent ketika terperangkap antara hidup dan mati. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI