fbpx
Gambar hiasan

Polis tahan lelaki mabuk di Lebuh Raya Kuala Lumpur–Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan selepas dikesan memandu dalam keadaan mabuk di Lebuh Raya Kuala Lumpur–Seremban, di sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pemeriksaan pada pukul 6.39 petang itu mendapati tahap kandungan alkohol dalam darah pemandu itu adalah 107 miligram/100 mililiter, melebihi had yang dibenarkan.

“Suspek ditahan pihak JSPT Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, insiden tersebut bukanlah satu kemalangan jalan raya, sebaliknya merupakan tindakan penguatkuasaan terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tambahnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dan pertuduhan akan dijalankan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI