fbpx
Gambar yang dikongsikan pengguna terbabit di Facebook.

11 jam tunggu di Zon Kecemasan Hospital Teluk Intan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dakwaan seorang pengguna Facebook mengenai tempoh menunggu hampir 11 jam untuk mendapatkan rawatan di Zon Kecemasan Hospital Teluk Intan mencetuskan perhatian ramai di media sosial sejak semalam.

Menerusi hantaran yang tular, individu berkenaan mendakwa hadir ke jabatan kecemasan hospital itu bagi mendapatkan rawatan segera, namun terpaksa menunggu berjam-jam tanpa pemeriksaan lanjut daripada doktor.

Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan awal, dia mendakwa diminta menunggu lagi dengan alasan doktor sedang merawat pesakit lain.
“Menunggu hampir 11 jam tanpa rawatan doktor yang sepatutnya. Alasan yang sama diberi iaitu doktor masih dalam rawatan pesakit lain,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Individu itu turut mendakwa situasi tersebut bukan hanya dialaminya seorang diri, sebaliknya beberapa pesakit lain yang ditemui turut memaklumkan mereka menunggu dalam tempoh hampir sama.

Dakwanya, keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada perkhidmatan yang diterima benar-benar menepati fungsi Zon Kecemasan atau sekadar rawatan biasa.

“Pesakit sakit, penat dan risau, tetapi hanya mampu menunggu tanpa kepastian,” katanya lagi.

Dalam hantaran itu, pengguna terbabit menggesa pihak hospital dan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya memberi penjelasan sekiranya berlaku kekurangan doktor atau masalah sistem yang menjejaskan pengurusan pesakit.

“Jika kekurangan doktor, maklumkan secara telus. Jika sistem bermasalah, baiki segera. Jangan biarkan pesakit terbiar seolah-olah nyawa tidak penting,” tegasnya.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Hospital Teluk Intan atau KKM berhubung dakwaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN