fbpx
NURUL DAMIA ASYIQIN menunjukkan salinan laporan polis serta peralatan IUCD yang telah tersalah pasang ke dalam badannya di Pekan Nanas, Pontian hari ini. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI / KOSMO!

Jawatankuasa khas siasat insiden kecuaian doktor pasang IUCD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sebuah Jawatankuasa Siasatan khas ditubuhkan bagi meneliti kes seorang pesakit wanita yang menderita selepas pemasangan Intrauterine Contraceptive Device (IUCD) di Klinik Kesihatan Pekan Nanas, Pontian sehingga tular dalam media sosial.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mokhtar Pungut@Ahmad berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian menyiasat perkara itu selepas menerima aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada 23 Disember 2025.

Katanya, siasatan mendapati pesakit itu menjalani prosedur pemasangan IUCD pada 19 Disember 2025 di Klinik Kesihatan Pekan Nanas.
“Bagaimanapun, selepas prosedur itu, pesakit dilaporkan mengalami komplikasi dan dirujuk ke Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan serta pemantauan lanjut.

“JKNJ memandang serius insiden ini khususnya apabila melibatkan keselamatan pesakit dan kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan kesihatan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Mokhtar berkata, Jawatankuasa Siasatan khas itu turut meneliti pematuhan prosedur dan garis panduan klinikal yang ditetapkan dengan tindakan akan diambil berdasarkan dapatan hasil siasatan yang sedang dijalankan.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan hasrat ibu muda, Nurul Damia Asyiqin Ayub, 27, memasang IUCD bertukar mimpi ngeri apabila terpaksa menanggung kesakitan disebabkan kesilapan pasukan perubatan memasang alat itu di sebuah klinik di Pekan Nenas tahun lalu.

Ibu kepada tiga anak itu dikatakan memasang alat tersebut bagi menjarakkan kehamilan selepas tamat tempoh berpantang setelah melahirkan anak ketiganya.

Wanita itu mendakwa dia menanggung kesakitan dengan perutnya seperti mahu terburai sebelum membuat imbasan sinar-X (X-ray) di sebuah klinik swasta dan melaku pembedahan bagi mengeluarkan peralatan tersebut pada 2 Januari lalu.

Pasukan perubatan memaklumkan apendiks Nurul Damia pecah, usus besar dan kecil luka selain rahim bocor serta tidak boleh melahirkan anak secara normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN