fbpx
Faisal Halim antara tunjang pasukan Selangor FC ketika bertemu NSFC, sebentar tadi. Foto ihsan Selangor FC

Liga Super: Aura Pan-gon pacu Selangor FC lonjak ke tangga kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran Kim Pan-gon terus mencetuskan aura tersendiri selepas Selangor FC melakar kemenangan kedua berturut-turut apabila berjaya menewaskan Negeri Sembilan (NSFC) 1-0 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Gergasi Merah yang kini dibimbing Pan-gon cuba untuk memburu keputusan positif selepas berjaya menewaskan Brunei DPMM 5-2 dalam aksi debut pertama minggu lalu.

Pan-gon membariskan kesebelasan utama yang hampir sama dengan jentera serangan diketuai oleh Faisal Halim dan Chrigor Moraes.

Chrigor hanya memerlukan dua minit untuk menguji kubu NSFC tetapi tandukan tepat yang dilakukannya berjaya ditepis penjaga gol lawan, Azri Ghani.

Kemudian, kedua-dua pasukan bermain dengan agak seimbang apabila NSFC mempamerkan corak permainan bertahan sebelum melakukan serangan balas pantas ketika Selangor kehilangan bola.

Bersambung pada babak kedua, skuad Merah Kuning menggandakan asakan dan berjaya meraih gol pembukaan hasil tandukan Nooa Laine menerusi sepakan penjuru pada minit ke-61.

Gol tersebut menaikkan semangat tuan rumah untuk terus mengasak tetapi gagal menambah sebarang jaringan dengan keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan Selangor FC berjaya merampas kedudukan No. 2 liga selepas dua pencabar utama, Kuching City tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala Penang FC melakar kejutan menewaskan KL City 1-0.

Impian Kuching City untuk kekal di tangga kedua tidak kesampaian selepas tewas kepada JDT, sebentar tadi. – Foto ihsan Johor Southern Tigers

Selangor FC kini meraih 31 mata berbanding Kuching City dengan 29 mata dan KL City dikedudukan keempat dengan 28 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN