fbpx
AARON (kanan) dan Wooi Yik terus menggalas misi memburu gelaran sulung musim ini selepas mara ke pusingan kedua Terbuka India. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menewaskan rakan sepasukan, Aaron Tai-Kang Khai Xing.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Indira Gandhi Arena hari ini, naib juara Terbuka Malaysia itu mencatat kemenangan 21-12, 11-6 dalam tempoh 21 minit.

Aaron-Wooi Yik memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya apabila Tai-Khai Xing menarik diri dan tidak dapat meneruskan permainan selepas Tai mengalami sakit belakang.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, bekas juara dunia itu mengekalkan momentum dipamerkan pada Terbuka Malaysia minggu lalu apabila dilihat menguasai sepenuhnya permainan.

Aaron-Wooi Yik dianggap memiliki peluang terbaik untuk merangkul gelaran sulung musim ini di Terbuka India selepas pilihan utama dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae menarik diri.

Hasrat untuk menyaksikan pertembungan sesama sendiri pada pusingan kedua esok bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila Arif Junaidi-Yap Roy King gagal meloloskan diri.

Justeru, Aaron-Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan beregu Jepun, Takumi Nomura-Yuichi Shimogami yang menewaskan Arif-Roy King 26-28, 18-21, 20-22. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI