fbpx
Gambar Sultan Ibrahim bersama Sultan Hassanal Bolkiah yang dimuat naik di Instagram rasmi Seri Paduka Baginda, Official Sultan Ibrahim, hari ini.

Pembedahan lutut: Agong zahir ucapan selamat kepada Sultan Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan sembah ucap selamat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang bakal menjalani rawatan lutut, Ahad ini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian menerusi Instagram rasmi Seri Paduka Baginda, Official Sultan Ibrahim, hari ini.

“Patik serta rakyat mendoakan semoga Ke bawah Duli Tuanku selamat menjalani rawatan ini dan dikurniakan Allah SWT kesembuhan yang sempurna, serta dipermudahkan semua urusan berkaitan,” titah Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri Brunei menerusi kenyataannya memaklumkan, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN