fbpx
Laporan Kosmo! Online semalam berhubung seorang ibu tular dikatakan menghantar anak bersekolah di Putrajaya.

‘Anak saya tak sekolah kerajaan di Putrajaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita yang tular selepas dikatakan tinggal di Banting, Selangor, tetapi menghantar anak bersekolah di Putrajaya, menjelaskan situasi tersebut yang mana anaknya sebenarnya merupakan murid sekolah swasta.

Wanita tersebut menerusi mesej pada WhatsApp memaklumkan, anaknya juga tidak bersekolah di Putrajaya, sebaliknya berdekatan dengan tempat tersebut.

“Ya betul. Anak saya tak sekolah di sekolah kerajaan di Putrajaya seperti yang ditularkan, sekolah swasta. Sesiapa pun boleh daftar bukan warga atau kad pengenalan Putrajaya sahaja.

“Dalam Thread pun saya ada beritahu anak saya sekolah dekat Putrajaya bukan sekolah Putrajaya. Di Putrajaya bukan hanya ada sekolah kerajaan sahaja.

“Tapi dia jadikan konten dan artikel tanpa semak fakta sampai saya yang kena kecam,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, perkongsian seorang wanita yang memaklumkan anaknya bersekolah di Putrajaya walaupun menetap di Banting, mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial apabila ada yang mempersoalkan kelayakan penempatan sekolah mengikut kawasan.

Menerusi tangkap layar yang tular, wanita itu mendakwa perjalanan menghantar anak ke sekolah yang sepatutnya mengambil masa sekitar 35 minit, menjadi lebih 50 minit susulan kesesakan trafik dekat Dengkil.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan beberapa ibu bapa meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa terdapat segelintir penjaga menggunakan alamat ‘dummy’ (tiruan) bagi memudahkan urusan penempatan anak ke sekolah di sekitar Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN