PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dijadualkan menjalani rawatan kesihatan.
Anwar menerusi hantaran Facebook, mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT.
“Menerima perkhabaran Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.
“Mendoakan agar Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan,” katanya hari ini.
Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri Brunei menerusi kenyataannya memaklumkan, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini. – KOSMO! ONLINE














