SYDNEY, 13 Januari 2026 /PRNewswire/ — ETO Markets, platform perdagangan yang diiktiraf pada peringkat global telahpun memperoleh lesen perkhidmatan kewangan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Mauritius (Mauritius FSC, No. Lesen C119023893). Keizinan kawal selia ini memperkukuh komitmen syarikat terhadap ketelusan, perlindungan pelabur serta standard operasi yang tinggi merentas pasaran antarabangsa.
Pencapaian Penting dalam Pematuhan Global
Lesen Mauritius FSC mewakili peningkatan yang bermakna kepada kerangka kawal selia global ETO Markets, lalu memantapkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan kewangan antarabangsa yang dipercayai. Beribu pejabat di Australia, ETO Markets diiktiraf kerana menyampaikan penyelesaian perdagangan yang selamat, inovatif dan berfokuskan pelanggan merentas pelbagai bidang kuasa. Keizinan ini melengkapkan lesen sedia ada daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles (FSA). Ia turut meluaskan selanjutnya jejak kawal selia ETO Markets, seterusnya mempertingkat keupayaannya untuk menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan global yang kian berkembang pesat.
Memperkukuh Perlindungan Pelanggan Melalui Pematuhan Global
Ditubuhkan pada tahun 2001, Mauritius FSC dikenali dengan standard kawal selianya yang ketat, selain mengutamakan perlindungan pelabur dan kestabilan pasaran. Seiring bersama pengawasan daripada Australia ASIC dan Seychelles FSA, lesen ini menekankan dedikasi ETO Markets terhadap amalan terbaik global dan standard pematuhan yang tinggi. Pelanggan boleh berdagang dengan yakin apabila mengetahui bahawa ETO Markets memastikan ketelusan, mengekalkan dana pelanggan yang diasingkan dan menyediakan mekanisme penyelesaian pertikaian yang mantap bagi melindungi kepentingan mereka.
Kedudukan Strategik dalam Hab Kewangan Global
Mauritius diiktiraf sebagai pusat kewangan antarabangsa ulung yang menghubungkan Afrika dan Asia serta berfungsi sebagai pintu masuk untuk aliran pelaburan global. Dengan mewujudkan entiti berlesen di bawah Mauritius FSC, ETO Markets memperkukuh kehadiran strategiknya di rantau ini, memanfaatkan persekitaran kawal selia Mauritius yang menggalakkan bagi memperluas jangkauan globalnya serta menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada kumpulan pelanggan antarabangsa yang pelbagai.
Memperkasakan Pedagang dengan Penyelesaian Perdagangan Pintar
ETO Markets tetap fokus untuk mengintegrasikan alatan pintar yang dipacu teknologi ke dalam infrastruktur perdagangannya. Melalui infrastruktur termaju, pelaksanaan yang amat pantas dan alatan pengurusan risiko yang mantap, ETO Markets terus mengintegrasikan inovasi dikuasakan AI pada platformnya, memperkukuh misinya bagi mentakrifkan semula kecekapan dan ketelusan perdagangan merentas pasaran-pasaran global.
Latar Belakang ETO Markets
ETO Markets ialah platform perkhidmatan kewangan terkemuka yang dikawal selia merentas pelbagai bidang kuasa, termasuk Australia ASIC, Seychelles FSA dan Mauritius FSC. Menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 120 negara, ia menyediakan capaian yang lancar kepada beraneka jenis kelas aset. Dengan spread yang amat rendah, leveraj kompetitif dan komitmen kepada kecemerlangan kawal selia, ETO Markets memberikan pengalaman perdagangan pintar yang ditingkatkan oleh teknologi mengikut standard global tertinggi.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4860989_MS60989_6















