fbpx
Komplesk Mahkamah Shah Alam. Gambar hiasan

Tiga lelaki bebas tuduhan edar 96kg syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tiga lelaki boleh menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah lebih 96 kilogram, lima tahun lalu.

Hakim Dr. Wendy Ooi Su Ghee memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga tertuduh tersebut iaitu Muhammad Amiruddin Abd Hadi, 30, V. Vijandran Nair, 35, dan Muhammad Faiz Ahmad, 36.

Hakim Wendy dalam penghakimannya memaklumkan terdapat percanggahan keterangan saksi-saksi pendakwaan, khususnya berkaitan pengecaman barang kes dan jumlah kotak dadah yang dirampas.

“Mahkamah turut mengambil perhatian terhadap kegagalan pihak polis mengemukakan gambar semasa rampasan dilakukan. Selain itu, kegagalan mengemukakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) asal walaupun ia telah diminta oleh pihak forensik sebaliknya mengemukakan rakaman CCTV yang telah disunting,” katanya.

Jelasnya, mahkamah turut mendapati pihak pendakwaan gagal memanggil saksi penting yang material.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 96,700.3 gram di tepi sebuah rumah di Taman Batu Caves, Gombak sekitar 3.00 petang, 6 Ogos 2021.

Sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ainul Mardiyah Mohd Ali.

Muhammad Amiruddin diwakili Peguam Nik Saiful Adli Burhan, Muhamad Asri Abdul Hamid dan Md. Yusuf Md Idris. Sementara Vijandran Nair diwakili Peguam Zulkifli Awang dan Mohd. Ruzaini Zulkifli manakala Muhammad Faiz diwakili oleh Peguam Datuk Geethan Ram Vincent. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN