fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat melanda Sarawak, Sabah sehingga 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Sarawak dan Sabah dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 6 petang ini.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat dilaporkan melanda Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) di Sarawak.

“Selain itu, hujan berterusan turut dilaporkan melanda Sabah di Pedalaman (Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau) dan Kudat,” lapor MetMalaysia.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih melalui laman web rasmi dan media sosial Jabatan serta aplikasi myCuaca. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI