fbpx

Membina Masa Depan Kewangan yang Lebih Cerah: Sun Life dan Aflatoun International bekerjasama untuk meningkatkan literasi kewangan bagi lebih 30,000 pekerja domestik di seluruh Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Inisiatif serantau yang pertama seumpamanya ini bertujuan memperkukuh daya tahan kewangan pekerja domestik asing dan tempatan melalui bengkel pendidikan kewangan, kit alat dan latihan.

HONG KONG, 11 Januari 2026 /PRNewswire/ — Sun Life, dengan kerjasama organisasi bukan kerajaan global Aflatoun International, telah mengumumkan pelancaran "Brighter Financial Futures", sebuah program filantropi serantau yang direka untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan pekerja domestik di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Vietnam.

generated by system

Asia menempatkan kira-kira 40% daripada jumlah pekerja domestik di dunia1, iaitu tenaga kerja yang memainkan peranan penting dalam menyokong penyertaan tenaga buruh dan merancakkan aktiviti ekonomi di seluruh rantau ini, namun sering kali kekurangan akses kepada pendidikan kewangan.

David Broom, Ketua Pegawai Klien dan Pengedaran Sun Life Asia, berkata, "Di Sun Life, misi kami adalah untuk membantu pelanggan dan komuniti mencapai keselamatan kewangan sepanjang hayat. Celik kewangan, pendidikan dan pemerkasaan merupakan teras kepada misi tersebut, dan kerjasama kami dengan Aflatoun International memastikan kami dapat menjangkau komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan."

Program selama 12 bulan ini direka untuk menjangkau lebih 30,000 pekerja domestik di seluruh Asia, sekali gus memperkukuh kemahiran kewangan mereka melalui bengkel pendidikan, kit alat dan sesi latihan. Program ini disesuaikan dengan setiap peringkat pekerjaan dan dilaksanakan melalui organisasi tempatan yang dipercayai, bagi memastikan pendidikan kewangan memberi impak positif kepada pekerja domestik di setiap pasaran.

Komitmen Sun Life Asia terhadap program ini susulan kejayaan ‘Dare to Dream’ yang dibangunkan menerusi kerjasamanya dengan Uplifters, sebuah badan kebajikan dan platform pendidikan dalam talian berasaskan Hong Kong yang menyokong pekerja domestik migran di seluruh Asia.

Broom berkata, "Pekerja domestik memainkan peranan penting dalam struktur ekonomi dan sosial rantau ini. Melalui kerjasama ini, kami berhasrat memberikan mereka akses yang lebih luas kepada alat dan sumber yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang bijak – sekaligus mewujudkan kesan berantai yang berkekalan bagi komuniti yang lebih kukuh dan mampan."

Kerjasama dengan Aflatoun International ini secara signifikan memperluas impak literasi kewangan Sun Life di seluruh rantau. Bersama Uplifters, rakan kongsi tempatan tambahan akan diumumkan di pasaran lain sepanjang 2026, di bawah program Brighter Financial Futures, bagi menghubungkan komuniti dengan pendidikan kewangan yang disesuaikan.

Dijalankan secara dalam talian dan sesi bersemuka, kurikulum ini direka untuk memperkasakan peserta dengan pengetahuan kewangan praktikal dan keyakinan, dengan penekanan pada pembinaan simpanan kecemasan, persediaan untuk masa depan, serta perlindungan daripada pinjaman tidak formal dan penipuan biasa. Mereka juga membina daya tahan dan menyokong hubungan kekeluargaan yang sihat melalui perancangan mampan dan komunikasi yang berkesan.

Kirsten Theuns , Pengarah Perkongsian Strategik & Pembangunan di Aflatoun, berkata, "Pendidikan kewangan memperkasakan komuniti dari akar umbi. Dengan memberikan pekerja domestik keyakinan dan alat untuk mengurus kewangan mereka, kami membantu membuka peluang baharu – bukan sahaja untuk diri mereka, tetapi juga untuk keluarga dan komuniti yang lebih luas. Kami teruja untuk memulakan kerjasama ini dengan Sun Life dan percaya ia akan menandakan langkah penting ke arah penyertaan yang lebih inklusif di seluruh rantau ini."

Individu boleh mendaftarkan minat mereka untuk Brighter Financial Futures dalam talian: aflatoun.org/brighterfinancialfutures

          ___________________________________ (1) www.ilo.org/regions-and-countries/asia-and-pacific/domestic-workers-asia-and-pacific  

Maklumat tentang Sun Life

Sun Life merupakan organisasi perkhidmatan kewangan antarabangsa utama yang menyediakan pengurusan aset, kekayaan, insurans, dan penyelesaian kesihatan kepada pelanggan peribadi dan institusi. Sun Life beroperasi di beberapa pasaran di seluruh dunia, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Hong Kong, Filipina, Jepun, Indonesia, India, Tanah Besar China, Australia, Singapura, Vietnam, Malaysia dan Bermuda. Pada 30 September 2025, Sun Life memiliki jumlah aset di bawah pengurusan sebanyak $1.62 trilion. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunlife.com.

Sun Life Financial Inc. didagangkan di Bursa Saham Toronto (TSX), Bursa Saham New York (NYSE) dan Bursa Saham Filipina (PSE) di bawah simbol singkatan SLF.

Nota: Semua angka mata wang ialah dalam dolar Kanada, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Maklumat Tentang Aflatoun International

Aflatoun International ialah sebuah organisasi global yang komited untuk memperkasakan golongan muda melalui pendidikan sosial dan kewangan. Dengan menekankan pembelajaran sosial dan emosi, keusahawanan, serta literasi kewangan, Aflatoun membekalkan kanak-kanak dan belia dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi warganegara global yang aktif. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Aflatoun telah menjangkau lebih 100 juta kanak-kanak di lebih 110 negara, mengubah kehidupan dan komuniti di seluruh dunia.

Pihak Hubungan Media

                Untuk Sun Life                                 Untuk Aflatoun International    Adam Welch                                     Magdalena Gawlak    Pengarah, Komunikasi, Asia                     Pengurus Komunikasi, Aflatoun                                                   International                                       T: +31657170644   T: +85290711821                                                               [email protected]                [email protected]    Iris Ng    Pengarah Akaun    T: +852 9838 3501    E: [email protected]  

Gambar – https://mma.prnewswire.com/media/2857271/Sun_Life_Asia_Building%C2%A0Brighter_Financial_Futures__Sun_Life_and.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4859074_MS59074_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI