fbpx
HIDALGO muncul wira kemenangan JDT menewaskan NSFC di Paroi kelmarin. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

Munoz kongsi rahsia kejayaan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menganggap pasukannya tidak memiliki tuah untuk mengalahkan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan keputusan lebih selesa.

Di sebalik perdebatan mengenai kualiti pengadil, Munoz lebih selesa berbicara tentang mentaliti pemainnya yang kekal pada tahap terbaik untuk mencatat kemenangan 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

“Perkara positif adalah kami menang 14 perlawanan berturut-turut dan memperoleh satu lagi kemenangan. Inilah yang kami perlu lakukan kerana inilah sebab kami datang ke sini.

“Kami tahu ia adalah perlawanan yang sukar dan kami juga tidak bernasib baik ketika berada di depan gol. Memang pasukan lawan menghentikan perlawanan untuk mengurangkan masa permainan dengan lebih efektif.

“Tetapi kami perlu teruskan tugas hingga tamat, maksud saya apa yang ada dalam minda kami. Ini juga nilai yang ada dalam pasukan kami iaitu terus bekerja hingga aksi tamat,” katanya.

Pada aksi sengit kelmarin, tuan rumah hampir menghadirkan keputusan seri pertama buat JDT dalam kempen Liga Super musim ini, namun dinafikan gol saat akhir oleh Manuel Hidalgo.

Munoz juga menjelaskan apa yang berlaku pada aksi kali ini sepatutnya mematangkan anak-anak buahnya dan harus mengekalkan mentaliti sama dalam setiap perlawanan akan datang.

“Perkara paling penting adalah kami perlu terus meraih kemenangan. Mentaliti yang kami ada adalah untuk terus menang, menang dan menang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN